Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir
sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar
menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua,
membuatku membenci suamiku sendiri.
Walaupun berkahwin secara
paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya,
setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa
melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali
muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain
dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana
menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk
satu-satunya anak perempuan mereka.
Selepas berkahwin, aku
menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku.
Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar
menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku
padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan
menuruti semua keinginanku.
Di rumah kami, akulah ratunya.
Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah,
aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang
diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu
bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci
ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan
tugasnya.
Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari
bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya
dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku
sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.
Aku memilih untuk
tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus
anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang.
Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku
terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya.
Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor
pun menolak untuk menggugurkannya.
Itulah kemarahanku terbesar
padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak
kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya
melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia
melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya
bersama kedua anak kami.
Waktu berlalu sehingga anak-anak kami
berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling
lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti
biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke
sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir
ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan
kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya,
semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah,
kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua
orangtuaku.
Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku
saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku
sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan
melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama
anak-anak.
Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.
Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah
hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku
bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami
berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.
Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari
bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan
tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang
terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.
“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit
kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali
ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.”
Katanya menjelaskan dengan lembut.
Dengan marah, aku membebel
dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap.
Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih
geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.
“Apalagi??”
“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya
kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku
menutup telefon kembali.
Aku menyebut nama spa dan tanpa
menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap
dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa.
Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan
mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana
“musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk
berhutang dulu.
Hujan turun ketika aku melihat keluar dan
berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku
semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak
ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya
hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa
tidak selesa dan marah.
Teleponku diangkat setelah beberapa
kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara
asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara
lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah
puan, isteri kepada Encik Ismadi?”
“Ya..!”
Lelaki
asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia
memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke
hospital.
Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima
kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku
menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa
mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih
kertas.
Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah
bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku
yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku
tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan
segalanya untukku.
Akhirnya setelah menunggu beberapa jam,
tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar
dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.
Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat
kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada
airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah
ibu dan mertuaku.
Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku
termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar
menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan
kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia
berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.
Kusentuh
perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama
kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat.
Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.
Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku
padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis
tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti,
airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam
masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti
menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang
telah aku buat padanya terakhir kami berbicara.

No comments:
Post a Comment