Tuesday, December 6, 2011

Hidup mesti diteruskan

Pada 29 januari 1992,lahir nya aku di dunia ini untuk mngenali kehidupan mnusia yang sebenarnya....ayah ku telah memberikan aku nama Elizabeth..dan nama itu saja yang menjadi hadiah teristimewa dan kenangan daripada ayah ku...kerna aku tak pernah mengenali ayah shingga sekarang walaupun umur ku hampir mnjangkau 19 tahun..hati siapa yang tak terguris dan terseksa apabila tidak mengenali ayah sndiri..tetapi hanya Tuhan yang tahu perasaan ku kerna aku tak pernah mnunjukkan betapa terseksanya hati aku tanpa seorang ayah...mungkin disebabkan aku amat disayangi oleh ibuku dan juga saudara mara ku....

aku tak pernah disisihkan oleh mereka tetapi apa kehendak ku pasti akan diturutkan mereka andai kehendak ku itu adalah terbaik untuk ku dan juga untuk mereka...juz kdang2 mereka akan memarahi ku andai aku membuat salah yang teramat berat sekali...bagi ku,itu semua bukan marah tetapi nasihat..hehee....malah mereka semua m’anggap ku sebagai anak mereka sendiri...dan aku juga amat menyayangi mereka dan susah untuk ku tidak mengenang hati budi mereka yang telah susah payah menjaga aku dan kakak ku sejak ibu ayah ku bercerai...terutama datuk dan nenek ke serta family makcik2 ku yang tak pernah jemu menjaga aku dan kakak ku sejak kecil lagi...apatah daya aku waktu itu...aku mulai ditinggalkan ibu bersama dengan makcik sejak umur ku 5 tahun..ini kerna aku bersekolah dan ibu ku bekerja sebagai tukang masak di sebuah kem yang jauh dari Bandar...dan aku seperti mengerti dan tak banyak meragam apabila ditinggalkan..tetapi sikap manja ku tak pernah terhapus sejak kecil lagi...

masih ku ingat,setiap kali ibu balik hujung bulan dari bekerja..jikalau aku x mengikut nya ke pasar,pasti ada mainan yang dibelikan nya untuk ku...andai tiada,ku akan merajuk dan makcik2 ku juga yang akan memujuk ku...maybe disebabkan kasih sayang mereka yang cukup telah membuatkan aku terlupa tentang kehadiran seorang ayah di dalam family ku...dalam masa itu aku juga telah mendapat seorang ayah tiri yang berketurunan cina...ntah mengapa aku tak kisah tentang kehadiran dia dalam hidup ku...mungkinkah aku tidak mengetahui apa2 pada masa itu..tetapi bagi ku ckup lah sekadar aku mendapat kasih sayang dari saudara2 ku...memang tak dinafikan ayah tiri ku baik melayan ku dan akan menurut saja apa yang dipinta oleh ku dan juga kakak ku....dan juga aku bersekolah mengunakan duit dia hingga lah sekarang..dan aku tahu bahawa dia sangat menyayangi aku,kakak ku dan juga ibu ku...sejak adanya ayah tiri di dalam kehidupan kami,ibu ku telah berhenti bekerja tetapi ibu ku mngikut ayah tiri yang bekerja di kem...maklum lah ibu ku telah menjadi isterinya kan...dan aku dan kakak ku tetap tinggal dengan makcik ku...dan setiap bulan ayah tiri ku akan memberi duit belanja kepada makcik ku...

Pada tahun 1999,aku telah mendapat adik hasil hbungan ibu dan ayah tiri ku...memang ku tidak senang dengan kehadiran adik baru ku kerna aku telah menjadi anak bongsu ibu ku...saat aku dpat tahu ibu sudah melahirkan...aku hanya buat tak tahu ja tyme tu...hahaa...memang sikap ku macam tu...ku takut aku tak dapat bermanja lagi dengan ibu...ku takut apa2 ja milik ku akan dirampas adik baru....dan satu lagi ku pelik...sejak ayah tiri hadir dalam hidup ku...tak pernah sekali pun aku memanggil nya ayah...sebelum adik lahir,aku rasa aku budak yang teruk kerna aku memanggil ayah tiri ku dengan panggilan “oii “...tapi makcik2 ku,mereka menyuruh ku memanggil nya dengan panggilan “ papa “ or “ papa fernnie “ kerna adik ku diberi nama fernnie....dan aku memilih memanggil nya dngan panggilan “ papa fernnie “ kerna aku lebih selesa memanggil nya begitu...panggilan itu aku kekal kan sehingga ke sekarang...

Bermula aku b’tadika..aku x dihantar dan d’daftarkan oleh ibu ku...semasa di alam tadika ,ibu ku menyerahkan segala urusan pendaftaran dan pembayaran yuran kepada pemandu van yang membawa aku ke tadika..dan sehingga lah aku masuk ke darjah satu...mereka m’inginkan aku d’daftarkan ke sekolah Chinese tetapi malangnya aku tak mendapat di sekolah tersebut...dan mereka tak pernah berputus asa untuk menukarkan aku ke sekolah Chinese walaupun terpaksa turun naik ke jabatan pelajaran...sehingga lah sebulan,akhirnya dapat juga aku d’tukarkan ke sekolah Chinese tersebut...selepas selesai smua pertukaran itu,segala urusan aku bersekolah sehingga lah hari ini aku belajar di peringkat diploma diuruskan aku sendiri ataupunmakcik2 ku....tugas ibu dan ayah tiri ku hanya lah memberi duit untuk menyudahkan urusan persekolahan...siapa yang tidak kecewa melihat anak2 lain yang bersekolah dihantar oleh ibu @ ayah mereka...tetapi aku hanya menyimpan di dalam hati..kerna aku tak mahu mnyusahkn ibu ku melayan kesemua kehendak ku...aku s’akan faham tentang ibu walaupun aku pada masa itu masih kecil..pada fikiran aku hanya lah ingin bersekolah tak kira aku dihantar ibu ku @ didaftarkan oleh ibu ku...memang aku suka sangat pergi ke sekolah...tak sperti kakak ku...masih ku ingat ketika kakak ku di alam tadika...dia terlalu malas ke tadika sampaikan dia tak mengunakan seluar dalam ke tadika...memang lucu kalau d’ingatkan kembali,semua cerita aku tahu adalah dari makcik ku yang sangat menyayangi kami berdua...

pelbagai kisah suka dan duka yang pernah kami lalui bersama tak kira malam @ siang...selalu aku berfikir adakah aku akan tabah menerima andai salah seorang mereka pergi meninggalkan aku...memang tak dinafikan kasih sayang aku terhadap mereka sangat dalam...aku yang bukan orang lain bagi mereka hanya lah mampu berdoa dan mengharapkan mereka bahagia bersama keluarga mereka..dan juga aku berdoa untuk kejayaan anak2 mereka...kerna ku sayang anak2 mereka sepertimana mereka menyayangi aku dan menjaga aku ketika kecil...aku ingin melihat anak2 mereka Berjaya dalam pelajaran....dan aku berharap doa2 ku untuk mereka akan termakbul...kerna hanya dengan kejayaan kazen2 ku,makcik2 ku akan bahagia dan gembira...dan hanya itu yang boleh membalas jasa mereka...







05 February 2008
Tarikh yang meragut kegembiraan & kebahagiaan kami sekeluarga
dan juga kepada datuk dan nenek ku sebelah ibu ku...mereka amat menyayangi aku dan kakak ku dan kami berdua diberikan gelaran cucu kesayangan datuk dan nenek...tetapi sekarang datuk ku sudah tiada di dunia ini sejak 05 februari 2008...aku bagai tak percaya yang datuk ku telah meninggal kan aku buat selamanya..seminngu beliau ditahan di wad kerna kesihatan yang sangat teruk dan doctor memang dah mengesahkan datuk akan pergi jua tetapi belum tahu bila kerna jantung datuk hanya berfungsi 1 per 3 saja....tapi pagi sebelum dia meninggalkan aku,aku disuruh balik ke rumah panjang untuk menjaga adik2 dan sepupu2 ku..itu yang d’amanah kan nya pada ku...katanya dia kecian melihat ku telah menjaga nya semalam2an dan juga kcian melihat cucunya tdur di hospital...dan aku pula hanya menurut permintaan nya itu...

tengah hari itu aku juga b’mz dengan kazen ku yang berada di hospital untuk menanyakan khabar datuk ku...dan dia membritahu ku bahawa datuk dah beransur sihat dan mula ingin makan...tetapi....tiada ku sangka petang itu membawa satu berita yang sangat mengejutkan aku yang berada di rumah panjang...datuk ku meninggalkan dunia pada jam 06.55p.m...sungguh tiada ku sangka dan seakan aku tak percaya langsung....aku berfikir kenapa datuk boleh meninggal kan aku di saat itu...aku berasa sangat lemah dan tiada daya lagi...aku hanya mampu senyap dan menunggu jenazah datuk sampai di rumah panjang...dengan tangisan kami yang di rumah panjang menanti kepulangan datuk ke ruma itu...kira2 pkul 9p.m lebih,baru lah mendiang datuk ku tiba di ruma....tidak ku percaya aku hanya dapat melihat sebujur tubuh yang tiada akan bergerak lagi yang sampai di ruma..dan aku melihat sepasang baju batik sudah dipasngkan ke tubuh nya..saat itu aku hampir lemah tetapi setelah melihat nenek ku yang teramat lemah dan sedih melihat datuk sudah meninggalkan nya...aku cuba sedaya upaya aku untuk menjadi tabah walaupun hati ku hanya Tuhan yang tahu...

saat datuk dibawa dan dibaringkan di ruangan bilik ibuku untuk tatapan terakhir saudara mara yang hadir...entah mengapa aku tiba2 ketabahan aku ketika itu telah jatuh dan aku bagaikan histeria menangis dan memeluk sambil memangil datuk ku dan ingin beliau kembali ke pangkuan kami...saat itu aku bagaikan baru tersedar yang datuk telah pergi dan tak kan kembali lagi...aduhh yai...tak dapat ku bayangkan suasana malam itu...rumah panjang diselubungi dengan bunyi tangisan dan ritihan anak2 datuk dan juga saudara2 beliau...aku apatah lagi....aku berasa sangat kehilangan kerna pada datuk lah aku mendapat kasih sayang seorang ayah walaupun aku masih ada makcik2 ku yang menyayangi ku...dan aku telah berjanji kepada datuk akna menjadi seorang yang berguna dan berpelajaran...kata datuk...

dia ingin melihatku Berjaya dan mempunyai pekerjaan suatu hari nanti tetapi aku tak faham kenapa dia pergi meninggalkan aku tanpa melihat ku Berjaya...KENAPA????? dan aku tak akan mampu lagi mendengar segala dorongan dan semangat yang diberikan olehnya pada ku...tiada lagi semua itu....nasihat yang selalu cucunya dengar tiada lagi...andai waktu dapat diputarkan...aku tak akan lagi melawan cakap datuk dan akan mendengar segala nasihatnya..menyesal pun tiada guna kerna dia pn sudah pergi...tiada ku sedar aku menangis malam itu sampai lah pagi dan menyebabkan aku hampir tiada berdaya lagi berdiri kerna aku tiada menjamah apapun makanan sejak siang hari lagi...

aku akhirnya disuruh masuk ke bilik dan tdur...apakah daya ku,ku harus berehat untuk menolong saudara2 ku yang lain tuk menyediakan keperluan tetamu2 yang datang..kerna tiada orang lain lagi wakil ibu ku...ibu ku,kakak ku dan juga nenek ku tidak langsung berganjak dari sisi datuk...dan aku tahu mereka x setabah aku kerna aku mampu lagi tersenyum untuk membuang rasa sedih ku saat itu....pada fikiran ku,datuk pada masa itu pun tak akan nak melihat ku terus bersedih..cukup lah aku menyimpan rasa sedih itu di dalam hati ku....selepas 3 hari datuk baring dan tidur dengan tenang di rungan bilik ibu...akhirnya pada pagi 08 februari 2008, datuk telah dibawa ke kawasan perkuburan untuk dikuburkan...aku dan family ku tak ketinggalan untuk mengikut mereka menguburkan datuk...terasa sangat sedih di hati tatkala melihat mereka memasukkan keranda datuk ke dalm kubur...tetapi kami semua tidak boleh menitiskan air mata kerna kami sepatutnya melepaskan datuk pergi dengan ikhlas...itu pun aku tahu dari ibu...

sekarang ku luahkan segala kesedihan aku di laptop ku ini...bukan kerna ku ingin membuang jauh rasa sedih itu tetapi ianya bertujuan untuk kurangkan rasa kehilangan itu...sekarang janji ku pada datuk tengah berjalan walaupum aku ada kisah duka yang tak mampu d’ungkapkan sebelum aku melanjutkan pelajaran ke sini ( kuala Lumpur )...tapi aku kecewa dan sedih saat aku berlepas dari ruma untuk melanjutkan pelajaran...kerna datuk ku tidak dapat melihat cucunya ini melanjutkan pelajaran di negeri orang..dalam flight sempat lagi aku berkata pada kazen ku...” alangnya bahagia ku kalau datuk yang hantarkan aku...dapat juga dia melihat negeri orang kan “, hampir menitis air mata ku saat ku berkata demikian....tetapi apa boleh buat....tiada yang mampu dikatakan lagi kerna datuk sudah pergi buat selamanya...aku hanya mampu menahan sebak di dada saja...dan ku yakin saat itu datuk ada bersama ku dan sedang melihat ku...entah mengapa ku dapat rasakan yang datuk sentiasa ada dengan ku...eee....seram juga oo bila terfikir yang datuk bersama ku...hahhaa...tapi aku tak pernah takut lau datuk yang bersama ku...hehhe...sebab dia adalah datuk ku dan dia bukan lah orang lain pun...kadang2 bila ku teringat kenangan lalu yang mengaitkan datuk...aku tergelak kerna terlalu banyak peristiwa yang lucu...tetapi kesedihan juga datang apabila teringat semua itu...

semua hanya tinggal kenangan dan akan selalu d’ingat oleh ku...tiada yang mampu mengantikan keistimewaan kedudukan datuk ku di dalam hati ku sampai bila2...aku hanya seorang datuk di dunia ini yang telah menjadi ayah padaku...saat dia masih hidup,di mana ada datuk..di situ lah ada cucunya ini...tapi sekarang apakah lagi yang mampu dilakukan...walaupun aku tak setabah mana pun tetapi aku tak akan jatuh tersungkur hanya kerna tiada dia di sisi ku...aku akan jalani kehidupan aku seperti biasa...hanya kadang2 ku merindui dia,ku akan melihat bintang di langit dan berkata “ KU RINDU MU DATUK “...dan aku akan berdoa pada Tuhan agar datuk tenang di sana...saat ku di rumah ibu ku or di rumah panjang..terasa ku kehilangan kerna tiada mendengar suaranya..hampir setiap pelosok rumah itu ada bayang2 datuk...seakan2 dia ada bersama kami...

ke mana saja ku pergi di ruma tu,akan ku teringatkan datuk...kadang2 ku luahkan pada kazen ku dan kami hanya mampu menitiskan air mata...kenangan bersama datuk tak akan mampu dibuang begitu sahaja...akan ku terus kan kehdupan aku dgan tbah wlau ada hlangan dan cbaran yg perlu ku jlani...jnji pda datuk akn salu diingat tuk msa dpan ku...ku akan buktikn pda org skliling ku bhwa aku boleh maju ke dpan wlaupn aku bnyak khilnagn org yg dsyangiku...Perjuangan ttap ditruskan tuk mncpai kjyaan...x kan ku mdah brptus asa...

Karya : elizabeth allysha92

No comments:

Post a Comment