Walau marah macam mana kita dekat
seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima
kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa
maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf
kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan
‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama
lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University
membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh
meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan
yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain
boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko
serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘
dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali
normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya
tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah
mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini
menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah
mendengar pengakuan bersalah.
Kajian
ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di
Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki
dan 59 perempuan.
Tekanan
darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,
iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam
arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika
tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau
serangan jantung pada orang tersebut.

No comments:
Post a Comment