Ni
kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti
apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat
Allah s.w.t. ke atas mereka.
Baru-baru
ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara
selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba
temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus
berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit
Senawang.
Apa
aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap
bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang
budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang
utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.
Saya
pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau
repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh
dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada
isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia
yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab
saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam
yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju
Saya
mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel
itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250.
Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat
saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang
misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.
Esoknya,
bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih.
Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu.
Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk
diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta
tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
Sehari
lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena
sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya
boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata
"awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la,
pacik..."
Saya
tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak
kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting
ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang
sembelih aku, aku sebut Hindu la.
Saudara
kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia
breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan
saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya
jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."
Kepada
semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala
bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan
kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS
macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari
tu.
Dah
la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit.
Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir
la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
Kalau
blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh
kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.
Sumber: [Penarik Beca]

No comments:
Post a Comment